Yayasan JCorp AR24

PERUTUSAN

PENGERUSI

ย  ย  MENEMPA MASA DEPAN YANG TEGUH DAN SEJAHTERA

ย 

Dalam persekitaran ekonomi global yang pesat berubah dan dinamik dunia yang sentiasa berevolusi, Johor berada di lokasi strategik dan signifikan, menjadikannya pusat utama pelaburan dan kerjasama antarabangsa. Dalam menghadapi cabaran masa kini, Yayasan JCorp tetap teguh dengan komitmennya untuk membina masa depan yang kukuh dan sejahtera untuk semua rakyat Malaysia, khususnya Bangsa Johor selaras dengan visi Maju Johor 2030 dan aspirasi negara yang lebih meluas.


ROZAINI MOHD SANI
Pengerusi, Yayasan JCorp

REFLEKSI

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

TAHUN MEMBURU MATLAMAT, MENCAPAI KEMAJUAN, DAN MEMBINA PERKONGSIAN

ย 

Pada tahun 2024, Yayasan JCorp mengambil cabaran sebagai peluang, menukil pencapaian bermakna yang mencerminkan keteguhan komitmen kami untuk memperkasakan individu, memartabatkan masyarakat, dan menyumbang kepada pembangunan mampanย  Malaysia. Berpandukan visi keterangkuman dan inovasi, kami memberi tumpuan kepada inisiatif yang bukan sahaja menangani keperluan segera tetapi juga menyemai benih untuk pertumbuhan dan daya tahan jangka panjang.


ZAIDATUL ZURITA ABDUL RAHMAN
Ketua Pegawai Eksekutif

BIDANG FOKUS:

PENDIDIKAN

MENINGKATKAN AKSES

DAN KUALITI PENDIDIKAN

Komitmen Yayasan JCorp untuk membina generasi peneraju, inovator dan pencipta perubahan yang seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan negara. Kami menyedari bahawa akses kepada pendidikan berkualiti tidak tersedia secara universal dan kami berazam untuk merapatkan jurang itu dengan menyediakan peluang dan sumber bagi memperkasa individu serta komuniti dalam negeri Johor agar mereka mencapai potensi penuh. Dengan membangunkan masyarakat yang berpendidikan tinggi, kami berhasrat untuk mengukuhkan tenaga kerja, memacu inovasi, dan meningkatkan kualiti hidup keseluruhan. Usaha ini akhirnya akan menyumbang kepada Malaysia dan Johor yang lebih makmur dan berdaya saing.

BIDANG FOKUS:

SENI, BUDAYA DAN WARISAN

MEMPERKAYAKAN KUALITI KEHIDUPAN

Dengan menyokong ekspresi seni yang pelbagai dan menjaga warisan budaya, Yayasan JCorp berhasrat memperkayakan kehidupan, membina komuniti yang lebih kukuh, serta menyumbang kepada kerancakan landskap budaya untuk generasi akan datang

BIDANG FOKUS:

ALAM SEKITAR

BERSAMA KITA HIJAUKAN BUMI

MELALUI PENJAGAAN ALAM SEKITAR

Di Yayasan JCorp, melindungi alam sekitar bukan sekadar komitmen, ia adalah tanggungjawab asas. Dipandu oleh Agenda ESG JCorp 2022-2026, Yayasan JCorp komited memacu perubahan kepada alam sekitar melalui kerjasama strategik dan inisiatif yang memberi impak. Matlamat program kami memberi inspirasi dan memperkasa individu serta komuniti untuk mengambil peranan aktif dalam membina masa depan yang lebih hijau dan mampan.

BIDANG FOKUS:

KESEJAHTERAAN KOMUNITI

MEMBINA KOMUNITI YANG BERDAYA TAHAN

MELALUI KEPRIHATINAN DAN SOKONGAN

Yayasan JCorp yakin kesejahteraan komuniti adalah asas utama kepada pembangunan mampan yang memastikan setiap individu berpeluang untuk berkembang maju dan menyumbang kepada masa depan yang makmur. Membina komuniti yang berdaya tahan merupakan komitmen asas yang didorong oleh rasa tanggungjawab sosial yang mendalam. Berpandukan visi kami untuk mencipta impak positif yang berkekalan, kami berusaha menangani cabaran sosial dan meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan bagi mereka yang memerlukan. Program kami bermatlamat memperkasa individu dan mengukuhkan hubungan komuniti, memupuk budaya prihatin dan sikap saling membantu.

Muat Turun

Hak Cipta ยฉ 2024 Yayasan Johor Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

Scroll to Top