Page 133 - BSN_50th_CTB_FULL_Website
P. 133
131
lOGO aSli BSn
Simbol ‘pokok pitis’ yang merupakan tema utama logo Bank ini adalah merupakan
pokok pitis yang diukir dari timah sebanyak 13 keping seperti yang dikeluarkan
semasa pemerintahan Sultan Muhammad Ke-IV di Negeri Kelantan dalam tahun 1903,
ketika negeri itu masih lagi di bawah taklukan Negeri Siam. Pada duit syiling itu tertulis
“THURIBA FI ZUL-HIJJAH SANAT 1321”, iaitu diperbuat dalam bulan Zulhijjah tahun masihi
1903. Di sebalik duit syiling itu pula tertulis “BELANJAAN KERAJAAN KELANTAN”, iaitu
bererti Matawang Kerajaan Kelantan. Perkataan ‘pitis’ bererti ‘wang’ mengikut loghat
Kelantan, dan ia merupakan salah satu pecahan matawang yang digunakan di Kelantan
sehingga tahun 1920.
wanG SyilinG
• Melambangkan simpanan wang dari semua lapisan masyarakat
POHOn PitiS
• Melambangkan bahawa semua simpanan adalah terjamin dan
menerima keuntungan dari Bank Simpanan Nasional
• la juga melambangkan Bank Simpanan Nasional sebagai Bank untuk
Rakyat
BentUK ManGKOK
• Menampung simpanan wang dengan selamat
Pitis Malaya Kelantan 1903 • Menyebarkan kebaikan amalan berjimat cermat
• Menyediakan kemudahan-kemudahan dan menggalakkan amalan
gemar menyimpan wang untuk faedah diri sendiri dan keluarga
• Menjunjung aspirasi negara dengan menyokong pembangunan
ekonomi