Page 33 - BSN_50th_CTB_FULL_Website
P. 33
Berkhidmat untuk Komuniti 31
Perkhidmatan ATM pertama diperkenalkan di ibu pejabat BSN pada tahun 1983.
Untuk kekal relevan dalam landskap kewangan yang berubah dengan
pantas, BSN telah memperkenalkan penggunaan komputer, mesin layan
diri dan unit bergerak, lantas merevolusikan pengalaman perbankan
untuk pelanggan. Kemajuan teknologi ini telah mempertingkatkan aspek
kecekapan, kebolehcapaian, dan kemudahan perkhidmatan perbankan,
justeru menjadikannya lebih mesra pengguna dan mudah diakses.