Page 61 - BSN_50th_CTB_FULL_Website
P. 61

Menuju Ke Arah Kejayaan  59






               PenJenamaan

               SemuLa bSn





               Pada tahun 2015, Bank telah menjalani inisiatif
               penjenamaan  semula, memperkenalkan logo dan imej
               korporat yang diperbaharui untuk mencerminkan identiti
               yang lebih bertenaga dan mesra pelanggan. Transformasi         Duit syiling melambangkan simpanan wang, dan pokok pada logo
               ini membantu BSN kekal berdaya saing sambil                    melambangkan bahawa simpanan dalam BSN sentiasa berkembang.
               mengekalkan tujuan asalnya-memperluaskan peluang               Duit syiling turut dipilih bagi melambangkan simpanan tetap diterima
               menyimpan  kepada  orang  ramai,  terutamanya  dalam           walau sekecil mana pun ia sekali gus meletakkan BSN sebagai sebuah
                                                                              bank komuniti. 13 keping duit syiling ditambah menjadi 14 keping,
               komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan.                    melambangkan 14 buah negeri dan wilayah dalam Malaysia, serta
                                                                              membawa pengertian perkhidmatan di seluruh negara.











                                                                                            BSN berwajah baharu selepas penjenamaan semula.
   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66