Page 74 - BSN_50th_CTB_FULL_Website
        P. 74
     Bank Simpanan Nasional
             72
                 Mendukung Aspirasi, Merentasi Generasi.
            maTLamaT Pembangunan
            mamPan
            Selaras  dengan  Matlamat  Pembangunan  Mampan  (SDG)  Pertubuhan  Bangsa-bangsa
            Bersatu,  BSN  komited  menyokong  inisiatif-inisiatif  yang  mendorong  pembangunan  dan
            amalan-amalan mampan. Tonggak SDG ini menggariskan penglibatan aktif kami dalam
            menangani  cabaran-cabaran  global  utama  seperti  alam  sekitar,  pendidikan  berkualiti,
            tindakan iklim, dan lain-lain. Dengan menyelaraskan usaha kami dengan SDG, kami berusaha
            mencipta impak positif ke atas masyarakat dan menyumbang kepada masa hadapan yang
            lebih mampan.
            BSN telah menganjurkan Program BSN Care Plant & Paddle dengan menanam pokok paya bakau sebanyak 80 pokok
            di sekitar pesisiran pantai Bagan Lalang, Sepang, Selangor.





