Page 12 - BSN_50th_CTB_FULL_Website
P. 12

Bank Simpanan Nasional
              10
                 Mendukung Aspirasi, Merentasi Generasi.





                                            PeTikan daRi akTa

                          Bank siMPanan nasiOnal 1974





            Akta  Bank  Simpanan  Nasional  1974  memperuntukkan  pemindahan  kuasa  pengurusan  dari  Jabatan  Perkhidmatan  Pos
            kepada Lembaga Pengarah yang mengambil alih tugas-tugas dan tanggungjawab mengenai perjalanan bank mengikut
                                                              tujuan Akta tersebut.







                  Bahagian II
                  3.  Adalah dengan ini ditubuhkan suatu Bank Simpanan bernama “Bank Simpanan Nasional” atau
                      dalam bahasa Inggeris “National Savings Bank” yang adalah suatu pertubuhan perbadanan yang
                      kekal turun-temurun dan yang mempunyai kuasa bagi membuat kontrak, memperoleh, memegang,
                      melupus atau dengan cara lain membuat apa-apa urusan mengenai harta alih dan harta tidak boleh
                      alih serta bagi mendakwa dan didakwa atas namanya sendiri.
                  4.  Tujuan-tujuan utama Bank ialah:-

                      (a)  Untuk memaju dan menggembleng simpanan, khususnya daripada penyimpan-penyimpan kecil,
                          dan untuk menggalakkan amalan berjimat cermat dan menyimpan wang;
                      (b)  Untuk mengadakan saluran bagi orang awam amnya menyimpan wang;

                      (c)  Untuk  menggunakan  wang  Bank  itu  bagi  pelaburan,  termasuk  membiayai  pembangunan
                          ekonomi negara;
                      (d)  Untuk mengambil alih tugas-tugas dan tanggungjawab-tanggungjawab Bank Simpanan Pejabat
                          Pos; dan

                      (e)  Memajukan kepentingan-kepentingan pendeposit dan lain-lain pelanggannya.
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17