Page 13 - BSN_50th_CTB_FULL_Website
P. 13
Detik Permulaan 11
PeTikan
UcaPan
PeRasMian
OleH
allaHyaRHaM
yaB TUn HaJi
aBdUl Razak
Bin HUssein
“Bank Simpanan Nasional merupakan satu bentuk
baharu dalam usaha kita memupuk perasaan
bercermat dengan tujuan supaya orang ramai
digalakkan menyimpan wang pendapatan mereka.
lanya akan mengekalkan ciri-ciri yang terbaik
Bank Simpanan Pejabat Pos di samping membawa
beberapa pembaharuan sesuai dengan keadaan
masa kini.
Saya berharap dengan pelancaran Bank
Simpanan Nasional hari ini, ia akan berkembang
sebagai sebuah institusi simpanan yang utama
dan akan meluaskan kempen simpanan oleh
Kerajaan iaitu sebagai langkah anti-inflasi dan juga
mempercepatkan pembangunan negara.
Oleh yang demikian Bank Simpanan Nasional
mempunyai peranan yang sangat penting dalam
kehidupan rakyat dan kemajuan negara.”